Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) hari ini mengumumkan mereka telah menerima suntikan penajaan RM3.5 juta daripada syarikat berasaskan produk makanan dan minuman kesihatan, TDC Holdings (TDC) untuk musim baharu Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr.Johan Kamal Hamidon berkata, TDC akan menjadi salah satu penaja utama skuad Gergasi Merah pada musim ini setelah menerima penajaan dari TDC semenjak musim 2021

“Kami berbesar hati menerima TDC sebagai penaja dengan jumlah tajaan RM3 juta untuk musim ini selain RM500,000 lagi dalam bentuk barangan,”

Selain itu, penajaan ini akan meliputi penjenamaan TDC di jersi latihan pasukan Selangor dan penjenamaan produk Alithera, salah satu produk TDC yang akan bakal dilancarkan. Selain dari itu, penjenamaan TDC di stadium, media sosial dan platform Selangor FC juga akan dipaparkan.

Penajaan tersebut merupakan satu penghargaan kepada kelab bolasepak tempatan di mana selepas menaja Selangor FC, pihak TDC juga telah menjalin penajaan bersama Terengganu FC. Ini menunjukkan keyakinan syarikat korporat di Malaysia untuk menaja pasukan bolasepak sebagai platform pemasaran untuk produk mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings, Mohd. Hafizuddin Hiew Abdullah juga berkata penajaan kepada Selangor FC pada musim lepas telah memberi peluang kepada TDC melebarkan jenama syarikat TDC dan juga produk-produk keluaran syarikatnya kepada pasaran penyokong bolasepak tanahair.

“Status SFC sebagai antara pasukan yang mempunyai sejarah dan kejayaan dalam kancah bolasepak tempatan disamping pengikut yang ramai membuatkan beliau terus mengekalkan penajaan bersama Selangor FC,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak